Posts

Showing posts from August, 2012

Pavlova

Image
Pertama kali KC rasa Pavlova adalah ketika majlis sambut puasa di pejabat. Xingatlah pula kawan KC beli dari siapa tapi dari Puchong katanya sebab dekat dengan rumah dia tapi... itulah punca KC tergerak hati ingin mencuba membuat Pavlova sendiri.  Nampak macam senang jer... Dalam resepi Pavlova nie KC perasan telur kuning tidak digunakan. Sedihpun ada tengok telur tu terkapai2 berseorangan. Apalagi, KC ubah sedikit resepi nih... hehe... jangan membazir. Jeng3... ini rupanya wajah Pavlova sebelum disolek. Wajah asli sawo2 matang gitu ^_^. Menarik juga. Hahaha... macam mana rupa saya sekarang? Cantik tak? Pertama kali buat... boleh tahan juga rupanya. Jom kita rasaa.... Sedap dimakan sejuk dan masih manis walaupun hanya menggunakan 1/2 cawan gula (ikut resepi). Lepas nih kene kurangkan lagi gula nampaknya ;). Buat sendiri memang puas hati. Rangup Pavlovanya masih kekal nyata. Wallahhh... (Rangup berkrim diluar, lembut didalam) Rupa2nya Pavlova nie memang

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Image
      Yang jauh didekat-dekatkan Yang dekat dierat-eratkan Salah dan silap harap dimaafkan Semoga Syawal dirai penuh keberkatan

Jadual Malam Lailatul Qadar Imam AsySyafi'i.... ceramah Ust Don 090812

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada sepuluh yang akhir bulan ramadan kita digalakkan beriktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar. Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa?  Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan . Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu . Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh . Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis

Teladani Puasa Rasulullah SAW

AL-QURAN sebagai kalamullah telah mengabadikan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah dan penutup sekelian nabi. Sebagai nabi terakhir, baginda merupakan uswatun hasanah dan menjadi contoh teladan yang baik kepada umatnya. Dalam ibadat puasa Ramadan, Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa." Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum daripada bau kasturi. Sama-sama kita renungi beberapa tatacara dan adab puasa yang telah diamalkan oleh baginda sebagai teladan dan iktibar untuk diikuti oleh semua umatnya. Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang telah diambil

Ketam lemak bercili

Bahan-bahan: 5 ekor ketam bunga (belah dua) 3/4 cawan susu cair / santan 1/2 cawan air 2 keping asam keping 2 batang serai (titik sahaja) garam minyak utk menumis beberapa biji tomato ceri Utk dikisar: 3-10 batang cili kering (rendam dgn air panas) 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 3 cm kunyit hidup 2 cm halia 1/2 cawan air Cara2nya: 1. Panas minyak dan tumis serai hingga naik bau... masuk bahan kisar. 2. Masak cili sampai pecah minyak. 3. Masuk air, asam keping & ketam. Kacau rata & biarkan ketam masak (tutup kuali/ periuk) 4. Tabur secukup garam & tuangkan santan. Kacau lagi. 5. Masukkan tomato ceri  biar kuah kering sedikit dan likat. 6. Hidangkan. Berita Harian - Chef Fazalina Ismail