Jadual Malam Lailatul Qadar Imam AsySyafi'i.... ceramah Ust Don 090812
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada sepuluh yang akhir bulan ramadan kita digalakkan beriktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.
Mengikut
pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh
yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang
terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua
puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.
Imam
Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh
diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa?
Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam
Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
|
Awal bulan hari
|
Lailatul-Qadar pada malam
|
1
|
Ahad
|
29
|
2
|
Isnin
|
21
|
3
|
Selasa
|
27
|
4
|
Rabu
|
29
|
5
|
Khamis
|
25
|
6
|
Jumat
|
27
|
7
|
Sabtu
|
23
|
Seorang
yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia
sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang
menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu.
Comments