Posts

Showing posts from January, 2012

Kek Tanpa Topping

Image
1kg x 2 biji kek.  Kek tanpa topping yg amat sesuai utk kudapan anak2.  Ditempah oleh atok AMIR dan AMAR, Tok Yahaya. Saja atok minta tanpa topping sbb yg ada toping dulu jd art kt dinding rumah katanya hehe...

Oreo Cheese Cakes (pek kembara)

Image
  Travel pack untuk Syirah yg layan Oreo Cheese Cake mcm aiskrim.  Siap cari ais kering supaya maintain chill sampai Krabi, Thailand. Cayalahhh... SELAMAT berHONEYMOONNnnn!!

Kek Coklat tanpa Mentega (kegemaran Danish)

Bahan-bahannya: 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A: 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar berperisa coklat 1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe Bahan B: 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan gandum Ganache: 1/2 cawan koko Van Houten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara: 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Masukkan gula & pukul lagi. 3. Masukkan minyak masak. 4. Ayak semua bhn B & masukkan sikit demi sikit ke dalam telur tadi berselang seli dgn bhn A. Gaul sebati. 5. Bakar pd suhu 170' selama sejam/ hingga masak. 6. Topping.... masukkan semua bhn2 ke dlm periuk & panaskan sampai nampak sebati... taruk je atas kek yg dh sejuk td. MYRESIPI.COM 27.2.2010

Oreo Cheese Cakes (pek ekonomi)

Image
Mudah bawa, mudah simpan.  Sudah makan boleh buang jer... xpayah nak cuci2.  Klu KC kat rumah seminggu baru habis sekotak.... lalalala. Berbaloi2... sbb kek nih tahan lama. Mcm aiskrim.... yummmm

Tanaman hiasan rumah serap toksik

Biasanya pokok-pokok hiasan hanya ditanam di luar rumah. Malah ada tidak suka pokok diletakkan dalam rumah atas alasan ia menjadi tempat nyamuk bersarang. Bagaimanapun kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 1986 hingga 1989 menunjukkan terdapat beberapa tumbuhan yang amat berguna bagi menyerap bahan toksik dalam persekitaran tertutup. Semuanya bermula apabila NASA menyediakan pokok-pokok yang boleh hidup di dalam kapal angkasa bagi tujuan membekalkan oksigen dan menghapuskan bahan toksik. Apa yang menarik, kajian berkenaan mendapati pokok-pokok tertentu terutama yang terdapat di kawasan tropika amat sesuai menyerap bahan toksik dalam rumah dan pejabat. Terdapat tiga jenis toksik yang terdapat di kawasan kediaman yang juga dikenali sebagai Sick Building Syndrome atau Sindrom Bangunan Sakit. Antara bahan toksik yang berbahaya dan biasa terdapat dalam bangunan adalah formaldehyde, benzene tr

Kek Keju Oreo

Bahan-Bahan: 500g krim keju 1 sudu teh esen vanila 240g gula 250g krim (whipped cream) 70ml susu segar 4 biji telur 12 biskut oreo coklat (hancur kasar) Cara Memasak: 1 . Panaskan oven 160'C 2. Susun biskut dlm loyang pembakar. Ketepikan. 3. Pukul krim keju hingga lembut. Masukkan esen vanila, gula, susu, telur dan juga krim. 4. Pukul lagi hingga sebati kemudian tuang ke atas biskut oreo td. 5. Bakar kek selama 35-40 minit dan biarkan sejuk sebelum dihidang. RASA

Isian Badam

Image
Praline terlebih sudah..... baki goodies persandingan Syira.... menjadi jajan anak2 bagi perjalanan mengantar pengantin ke Kulim (persandingan sebelah pengantin lelaki). Naik muak makan coklat.... huhuhu. Nasib baik ada mak saudara dan sepupu tlg habiskan. Terima kasih kat Syafikah, Wardah, Amir dan Amar...

Oreo Cheese Cakes

Image
Oreo Cheese Cakes idaman Roslina Ramli. Setiap hari mengingatkan KC supaya bawakan kek ini pada Jamuan Hari Lahir BKP bagi rakan2 yang birthday nya jatuh pada bulan Oktober hingga Disember 2011.... sampai KC terfikir yg Ros nie mengidam ....hihi. Sebenarnya, inilah kali pertama KC bawa kek g opis.   Ingatkan Ros jer yg suka.....huhuhu....licinnnnn.

Cheese Tart

Image
Comeiii tak? Inilah hasil kerja tangan anak teruna KC Maruan. Kulit dan cheese mmg KC dh siapkan. Bab nak bubuh perasanya.... jeng jeng jeng. Sesah wal belasah jer.... seronok dpt tlg mama katanya. Mcm2 warna melambangkan pelbagai perisa spt blueberry, strawberry & mangga. Yang menariknya, buat suka.... mkn xmau. Alhamdulillah... bw pejabat semua selesai. Amin... ^_^

Lidah Buaya

Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum 2 senduk minyak masak panas 2 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar tepung ubi 2 cawan gula halus sedikit garam Langkah: 1. Campurkan tepung gandum, garam & minyak panas ke dlm mangkuk adunan. Uli & tambahkan air. Uli lagi hingga jadi doh & bahagikan kepada 4 bhgn. 2. Ambil 1 bhgn utk dicanai nipis. Bancuh tepung ubi dgn minyak masak. Ambil sedikit bancuhan & sapu rata ke atas doh yg tlh dicanai td. 3. Gulung doh rapat & padat. Potong mengikut saiz yg dikehendaki (jgn terlalu nipis). 4. Canaikan potongan doh hingga ia kelihatan memanjang. Goreng dlm minyak panas hingga garing. 5. Angkat & tiriskan minyak. Tabur gula halus pada keseluruhan kuih ketika ia masih panas. MIDI 15.10.2011

Buah Rotan @ Kuih Peluru Bijan

Bahan-Bahan: 1 paket tepung pulut 1 cawan gula 1 cawan santan pekat 1 biji telur 2 cawan air 1 kilo bijan sedikit garam Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung pulut, gula, santan pekat, telur, garam & air ke dlm mangkuk adunan....    Ratakan hingga menjadi doh (pastikan tidak terlalu lembik/ terlalu keras) 2. Cubit sedikit doh & gentelkan menjadi bebola kecil. 3. Salut bebola dgn bijan. 4. Panaskan minyak & goreng bebola tepung atas api kecil sehingga kuning keemasan. Angkat & tiriskan minyak. Biar sejuk sebelum simpan. MIDI 15.10.2011