Buah Rotan @ Kuih Peluru Bijan

Bahan-Bahan:
1 paket tepung pulut
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 biji telur
2 cawan air
1 kilo bijan
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung pulut, gula, santan pekat, telur, garam & air ke dlm mangkuk adunan....    Ratakan hingga menjadi doh (pastikan tidak terlalu lembik/ terlalu keras)
2. Cubit sedikit doh & gentelkan menjadi bebola kecil.
3. Salut bebola dgn bijan.
4. Panaskan minyak & goreng bebola tepung atas api kecil sehingga kuning keemasan. Angkat & tiriskan minyak. Biar sejuk sebelum simpan.

MIDI 15.10.2011

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)