Posts

Showing posts from May, 2012

Digital Silk

Image

Digital Silk Batu

Image
Cantik lg menarik. ...

BISKUT CIP COKLAT (MODIFIED)

Inilah resepi yg KC gunakan utk Biskut Hari Guru BAHAN-BAHAN: 500g mentega 700g tepung gandum 93g gula perang 200g gula kastor 2 biji telur B 73g walnut (tumbuk) 180g kismis (tumbuk) 160g cip coklat 2 sudu teh serbuk penaik 2 sudu teh esen vanila 1 sudu teh emplex CARA MEMBUATNYA: 1. Ayak tepung, serbuk penaik dan emplex. Gaulkan bersama kacang walnut, kismis dan cip coklat. 2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang & putih. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati. 3. Satukan adunan basah & kering. Rehatkan 15 minit. 4. Bakar ikut saiz yg dikehendaki. Guna suhu 180'C selama 20 minit/ sehingga masak. KAMARULCITIES

Biskut Cip Coklat

Image
Rancangannya utk Hari Guru... last2 huhuhu. Terpaksa sudah sbb Azmina tetiba demam panas mlm Jumaat lepas. Jamuan Hari Guru untuk Maruan, Danish dan Safwan hr Jumaat. Nasib baik Azmina punya dah selesai 16 Mei hari tu. Kesian 3 Kamarul mama. Alamatnya... tinggal kenangan biskut nie. Bancuh mmg sudah. Sbbkan xda yg leh tlg bakar, terpaksalah tukar plan B. Maruan bg hadiah kat cikgu. Safwan, abah belikan jajan utk belanja cikgu & kengkawan. Danish lak buat persembahan kat cikgu. Hahaha. Tq sayang. Sumenyer berkorban utk adik kesayangan Siti Nur Azmina Safwah. Jom kita cuci mata tgk biskut yg dah siap. Seronok betul bila anak2 join sama tolong. hahaha... Dah lama xmakan biskut cip coklat buat sendiri huhuhu. Banyak betui. Abah leh tapau g opis g. Hahaha... cikgu2 Kamarul xda rezekila nampaknya tahun nih.

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Kasihan resepi nih... kembang dek air dah. Moga selamat bersemadi dlm blog nie huhuhu. BAHAN-BAHAN: 226g mentega tanpa garam 150g gula kastor 160g gula perang 2 biji telur besar 1 1/2 sudu teh esen vanila 295g tepung all-purpose 1 sudu teh baking soda   1/2 sudu teh garam 270g cip coklat 100g kacang walnut/ pecans (dicincang) (pilihan) CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Panaskan oven 190'C. 2. Pukul mentega sehingga lembut & berkrim. Tambah gula & gula perang & pukul lagi (dalam 2 minit) 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanila & pukul lagi hingga sebati. 4. Dalam bekas yg lain, satukan barang2 kering seperti tepung, baking soda dan garam. Ayakkan sebelum masuk ke dalam adunan basah tadi. 5. Akhir sekali, masukkan cip coklat & kacang (pilihan). Rehatkan dalam 30 minit ke 2 jam (peti sejuk) 6. Keluarkan & bentukkan ikut saiz yg dikehendaki. 7. Bakar dalam 10-14 minit/ sehingga masak. Sejukkan di atas rak sebelum dis