CHOCOLATE CHIP COOKIES
Kasihan resepi nih... kembang dek air dah. Moga selamat bersemadi dlm blog nie huhuhu.
BAHAN-BAHAN:
226g mentega tanpa garam
150g gula kastor
160g gula perang
2 biji telur besar
1 1/2 sudu teh esen vanila
295g tepung all-purpose
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
270g cip coklat
100g kacang walnut/ pecans (dicincang) (pilihan)
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan oven 190'C.
2. Pukul mentega sehingga lembut & berkrim. Tambah gula & gula perang & pukul lagi (dalam 2 minit)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanila & pukul lagi hingga sebati.
4. Dalam bekas yg lain, satukan barang2 kering seperti tepung, baking soda dan garam. Ayakkan sebelum masuk ke dalam adunan basah tadi.
5. Akhir sekali, masukkan cip coklat & kacang (pilihan). Rehatkan dalam 30 minit ke 2 jam (peti sejuk)
6. Keluarkan & bentukkan ikut saiz yg dikehendaki.
7. Bakar dalam 10-14 minit/ sehingga masak. Sejukkan di atas rak sebelum disimpan.
Kuantiti: 4 dosen untuk saiz bulatan 3 inci.
JOYOFBAKING.COM
Comments