Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Kes 1.
Seorang bapa memberi Pati Delima Gulsan kepada anak daranya yang mengalami haid yang tidak teratur. Alhamdulillah, kalau dulu dua tiga bulan tiada haid, sekarang makin baik. Paling lambat pun sebulan jer. Bapanya minta lagi penambahan stok bagi memastikan anaknya benar2 baik. Tiada lagi cerita tentang bapa ini dari suami ct kecuali nak tambah stok.

Kes 2.
Seorang jururawat yang sedang mengandung, mengalami masalah kencing manis. Suaminya berjumpa suami ct untuk mencuba Pati Delima Gulsan. Alhamdulillah, doktor pun terkejut kerana kencing manisnya tiada.

Kes 3.
Ct pernah dinasihatkan doktor supaya tidak minum kopi/ nescafe. Ini kerana perut ct nipis dan kemerahan (radang). Ct juga ada gastrik yang kronik kerana kesukaran untuk membuang angin. Alhamdulillah, kini tiada lagi masalah itu. Baru2 ini, tanpa sedar ct telah minum kopi. Sukanya ct kerana tidak mengalami sesak nafas seperti sebelum2nya. Syukur pada Allah swt.

Tapi, masalah susah keluar angin tidak habis begitu sahaja. Cuma sekarang Ct tak perlu risau nak pantang2 makanan sejuk atau berangin. Sekarang nie Ct jd pantang nampak lak hahaha. Semua nak telan. Cuma Ct amalkan sebelum makan minum 2 sudu Pati Delima tanpa air. Alhamdulillah, mmg tiada senak lagi selepas makan.

Kes 4
Kawan ct, Puan Sunarti belikan Pati Delima Gulsan untuk suaminya yang mengalami penyakit kencing manis. Lagi lama sakitnya dari suami ct. Setiap kali ulang beli mesti dok tersengih2. Suka sangat katanya suaminya makin aktif sejak mengamalkan Pati Delima ini. Malah, dia sendiri turut serta minum sama kerana katanya 'mana boleh dia sorang jer gembira'. Macam2...

Kes 5
Mak teh ct telah disahkan doktor menghidap penyakit TB (batuk kering). Kalau tengok badan mak teh masa menerima rawatan TB sedih sangat. Mak teh kurus kering. Ramai orang kata mak teh terkena khianat orang. Bila wan (nenek ct) tahu, wan suruh mak teh minum Pati Delima Gulsan. Sekarang kalau tengok mak teh, wajah cengkung tiada lagi. Muka mak teh sudah berseri2. Badan sudah kembali normal. Mak teh sudah boleh bekerja kembali.

Kes 6
Seorang pelanggan baru membeli Gulsan dengan Ct. Ct ingatkan dia tahu mengenai Gulsan melalui blog2 atau pembacaan tapi sebenarnya melalui pengalaman kawannya. Kawannya yang mengesyorkan Gulsan ni dekat dia kerana dia mengandung dan mabuk. Menurut pelanggan Ct itu, kawannya menghilangkan mabuk mengandung dengan meminum Gulsan. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Kes 7
Ini berkenaan Kes 1 di atas. Suami Ct kata anaknya dah ok. Tapi bapanya yg ko. Bapanya batuk dah seminggu dah surut2. Ubat batuk doktor jgn katalah. Mcm xrasi jer katanya. Sudahnya si bapa nie minum Pati Delima gitu jer. Xda campur air2. Minum 3 sudu. Alhamdulillah, selepas bangun tidur tekak semacam lega. Tiada lagi gatal2 punca batuk.

Kes 8
Kawan Ct, Puan Yuni baru sahaja berpindah pejabat ke Presint 4. Masa dekat Presint 3 dia tak makan lagi Pati Delima nie. Dia beli hanya untuk mak mertuanya sahaja. Tetiba pula bila mula kerja di Presint 4 dia berminat untuk mencuba. Selepas sebulan, ketika sambutan Hari Raya, kami buat jamuan 2+1. Rai sekali dia dan seorang lagi kawan yg berpindah pada tarikh yg sama. Ramai terkejut dengan rupa kawan Ct tu. Cantik dan kulit dia licin. Serinya menyerlah. Adalah sorang kawan lelaki nie menyakat "mentang2 dah kawan dgn artis2, rupa pun dah lain". Tersipu2 member.

Kes 9
Puan Zila, kawan ct, selalu membeli Pati Delima Gulsan. Suatu hari dia bertanyakan kepada ct berkenaan harga sekotak Pati Delima nie. Bila ct tanya kenapa, rupa2nya penyakit darah tinggi ibu kawan ct sudah pulih dah dia telah mengesyorkan kepada kawan2nya untuk mencuba. Memandangkan ramai sangat yang menempah dengan ibu kawan ct nie, maka mereka mengambil keputusan untuk membeli terus sekotak dan menjualnya semula dengan harga yang murah. Ini kerana, sebotol Pati Delima Gulsan dikawasan perumahannya berharga RM20.00. Mudahkan, sambil2 sihat sambil2 jana pendapatan.

Kes 10
Seorang kawan suami ct, iaitu kawan kamarul dipejabatnya telah membeli sekotak Pati Delima Gulsan untuk bekalan mak dan ayah di kampung Kelantan. Ntah bagaimana, daripada pemberian telah bertukar menjadi jualan kerana rupa2nya telah ramai mengetahui kebaikan Pati Delima Gulsan ni. Orang2 kampung berminat untuk membeli meskipun kawan suami ct menjualnya dengan harga RM30.00 sebotol. Bila diselidiki, rupa2nya harga sebotol di Kelantan ialah RM60.00. Uiisshhh, terkejut ct mendengarnya. Tapi takpelah, itu rezeki dia. Harga ct tetap sama.


Satu perkara yang ct perasan tentang pengguna Gulsan, kebanyakkannya wanita. Xpercaya... Dah jadi pengedar nanti tahulah ^_^

Terima kasih pak tam. Sejak pak tam kenalkan Pati Delima Gulsan ni pada wan, bukan saja jiran kampung, ahli keluarga, malah ramai rakyat Malaysia yang mencuba diluar sana mengakui kebaikannya. Siapa yang cerita bolehlah ct kongsikan. Tapi yang tidak mahu cerita, ct pun xkan tanya. Tengok pelanggan buat belian susulan dengan muka penuh keceriaan sudah memadai pada ct sekeluarga. Kita hanya berusaha. Terima kasih Allah swt.

Nota:
Pati Delima Gulsan bukanlah ubat. Ia adalah perahan buah Delima yang betul2 pekat sehingga boleh menghasilkan jus delima. Khasiat Delima yang kaya dengan pelbagai mineral sebenarnya yang membantu kita. Amalan meminum jus/ pati buah-buahan sudah lama di amalkan di negara Arab. Sebab tu orang-orang Arab nie sihat2 dan comel2 belaka.

Comments

Anonymous said…
Salam akak secara kebetulan membeli pati ni ngan tanpa apa2 info. Akak sakit kaki, bermcm product n suplrment akak minum dgn hari 300-400 sbotol. Tp akak beli gulsan ni dngan rege rm 18 minum 2- 3 kali je kaki akak ok sikit..tp pah ni nak beli kat mana pun tak tahu kalu habis..
KAMARULCITIES said…
@Anonymous
Di kawasan Putrajaya dan sekitarnya akak boleh hubungi 0193606233 Ct.

Popular posts from this blog

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)