Lidah Buaya

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
2 senduk minyak masak panas
2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar tepung ubi
2 cawan gula halus
sedikit garam


Langkah:
1. Campurkan tepung gandum, garam & minyak panas ke dlm mangkuk adunan. Uli & tambahkan air. Uli lagi hingga jadi doh & bahagikan kepada 4 bhgn.

2. Ambil 1 bhgn utk dicanai nipis. Bancuh tepung ubi dgn minyak masak. Ambil sedikit bancuhan & sapu rata ke atas doh yg tlh dicanai td.

3. Gulung doh rapat & padat. Potong mengikut saiz yg dikehendaki (jgn terlalu nipis).

4. Canaikan potongan doh hingga ia kelihatan memanjang. Goreng dlm minyak panas hingga garing.

5. Angkat & tiriskan minyak. Tabur gula halus pada keseluruhan kuih ketika ia masih panas.


MIDI 15.10.2011

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)