Ketam lemak bercili

Bahan-bahan:

5 ekor ketam bunga (belah dua)
3/4 cawan susu cair / santan
1/2 cawan air
2 keping asam keping
2 batang serai (titik sahaja)
garam
minyak utk menumis
beberapa biji tomato ceri

Utk dikisar:
3-10 batang cili kering (rendam dgn air panas)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1/2 cawan air


Cara2nya:

1. Panas minyak dan tumis serai hingga naik bau... masuk bahan kisar.
2. Masak cili sampai pecah minyak.
3. Masuk air, asam keping & ketam. Kacau rata & biarkan ketam masak (tutup kuali/ periuk)
4. Tabur secukup garam & tuangkan santan. Kacau lagi.
5. Masukkan tomato ceri  biar kuah kering sedikit dan likat.
6. Hidangkan.




Berita Harian - Chef Fazalina Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)