Posts

Kringggg..... Kringggg....

Image
Bahang kemarau makin terasa. Teriknya memang mencengkam. Sinarnya benar2 membuat kepala menjadi sakit. Waduhhhh... Mari makan ais krim. Kegemaran anak2... Oren dan Ribena. Cara mudah menyejukkan badan. Comei tak. Sekaki payung ais krim menyejukkan badan ketika kepanasan.

Kek kegemaran Danish

Image
Hari ini KC buat kek coklat lembap. Kek kegemaran Danish yang hanya menggunakan minyak masak. Jika dulu KC gunakan minyak mazola, resepi kali ini KC ubah kepada minyak jagung pula. Sedap juga rasanya. Satu bancuhan resepi kek ni KC sebenarnya boleh dapat 4 biji kek mengikut saiz aluminium inilah. Sedihnya hanya 3 yang dapat KC ambil gambar. Satu lagi Danish sudah bawa lari. Makannnnnn.... Seronok juga letak kek dalam bekas macam nie. Senang dan mudah. Habis makan buang sahaja. Tidak perlu basuh2. Bila hendak makan pun, Danish hanya perlu keluarkan bekas yang dia hendak makan sahaja. Kek2 yang lain tetap terpelihara kesegarannya. Baguskan idea nie....

Roti di hujung minggu....

Image
Lamanya tidak bersiaran.... Rindu serindu rindunya... Apa boleh buat. Tanggungjawab adalah keutamaan. Sejak buka Sekolah, aktiviti KC padat sungguh. Hujung minggu adalah waktu menyiapkan stok bekal anak2. Mula2 dulu KC beli. Tapi kalau sudah setiap hari asyik membeli, taukeh balak pun bankrap. Inilah inovasi KC tahun 2013 nie. Siapkan roti banyak2. Anak2 suka roti campur sosej. Tidak kisahlah rupa/ bentuk macam mana pun, yang penting roti dan sosej sahaja. Tahan lama kalau kena cara menyimpannya. Alhamdulillah. Disamping otot lengan bertambah mantap menguli, anak2 kini tidak lapar lagi... Kudapan sentiasa ada sementara menunggu KC masak. ^_^

Renungan..... "Allah memberi yang terbaik"

Sedikit sedutan pengalaman seorang warga Filipina yang telah 20 tahun mendirikan rumahtangga dengan rakyat tempatan tetapi diceraikan sehelai sepinggang tanpa sempat bertukar status kewarganegaraan/ mendapat nafkah pembelaan. Ketabahannya... Kesyukurannya... boleh kita teladani. Lupakan dan jangan fikir apa yang telah suami lakukan ke atas saya, biarlah Allah sahaja membalasnya kerana saya orang teraniya, mohonlah pada Allah, bulatkan tekad bangkit daripada kesusahan untuk berdikari demi anak-anak, diri sendiri dan lebih penting jangan tinggalkan agama Islam . ''Agama Islam tidak kejam, tidak jahat, sebaliknya orangnya yang kejam. Nasihat beliau lagi percayalah selagi saya kuat berpegang dan percayakan Islam, Allah tidak akan menganiaya saya, malah Allah akan memberi lebih banyak rahmat suatu hari nanti. ''Di sebalik sesuatu musibah yang berlaku akan ada rahmat-Nya yang akan dicurahkan kepada hamba-Nya selagi hamba-Nya tidak melupakan-Nya .' ' It...

Renungan: "KAYA HATI KAYA SEBENAR"

Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah kaya itu dengan memiliki banyak harta. Akan tetapi kaya (sebenar) adalah kekayaan hati. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar: "Wahai Abu Zar, adakah engkau menyangka bahawa banyak harta itu bermakna kaya?" Abu Zar berkata: "Ya."Baginda bersabda lagi: "Dan adakah engkau menyangka bahawa ketiadaan harta itulah kefakiran?" Abu Zar berkata: "Ya." Baginda lalu menjelaskan: "Kekayaan sebenar adalah kekayaan hati. Dan kefakiran sebenar adalah kefakiran hati." Kaya hati Kaya hati adalah merasa cukup dengan yang ada. Sifat ini disebut juga dengan qana'ah . Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar: "Kekayaan hati terbit daripada sifat reda atas ketentuan Allah dan bersyukur atas segala pemberian-Nya." Bagi orang yang kaya hati, rezeki yang sedikit terasa banyak. Akibatnya, ia dapat menikmati pemberian Allah SWT itu dengan s...

Berehat sebentar...

Lama juga KC xbersiaran. Maaf yer. Sibuk benar bulan Disember nie. Penghujung tahun penutup segala akaun. Bkn org jer sibuk. Sistem pun sama. Hrmis, eSPKB, eT, eP..... Sampai jem hahaha. Waktu nie juga persiapan segala hal. Sekolah Rendah, Sekolah Khas, Tadika, Taska.... 1 anak 1 sekolah, meriahkan. Mana xbusy nyer. Klu nak apa2 email jer kat KC coz takut sms xterperasan. Mhn ampun sekali lagi. ^_^

Non-stick Fry Pan dah adaaaa...

Image
Siapa mahu??? Jom kita buat Durian Crepes untuk yang tersayang.