Renungan..... "Allah memberi yang terbaik"

Sedikit sedutan pengalaman seorang warga Filipina yang telah 20 tahun mendirikan rumahtangga dengan rakyat tempatan tetapi diceraikan sehelai sepinggang tanpa sempat bertukar status kewarganegaraan/ mendapat nafkah pembelaan. Ketabahannya... Kesyukurannya... boleh kita teladani.

Lupakan dan jangan fikir apa yang telah suami lakukan ke atas saya, biarlah Allah sahaja membalasnya kerana saya orang teraniya, mohonlah pada Allah, bulatkan tekad bangkit daripada kesusahan untuk berdikari demi anak-anak, diri sendiri dan lebih penting jangan tinggalkan agama Islam.

''Agama Islam tidak kejam, tidak jahat, sebaliknya orangnya yang kejam. Nasihat beliau lagi percayalah selagi saya kuat berpegang dan percayakan Islam, Allah tidak akan menganiaya saya, malah Allah akan memberi lebih banyak rahmat suatu hari nanti.

''Di sebalik sesuatu musibah yang berlaku akan ada rahmat-Nya yang akan dicurahkan kepada hamba-Nya selagi hamba-Nya tidak melupakan-Nya.'' Itu nasihat beliau.

''Saya yakin kejayaan anak-anak ketika di sekolah menengah adalah kerana usaha mereka setelah melihat pengorbanan saya dan kami sama-sama melalui kesusahan mencari duit dengan berniaga. Mereka sama-sama bangun pukul 3 pagi membantu saya menyediakan bahan-bahan untuk berniaga.

''Nasihat saya pada anak-anak, tidak ada sesiapa yang boleh bantu kita jika kita tidak berusaha membaiki diri sendiri. Allah hanya akan hulurkan bantuan jika kita berusaha. Saya yakin kerana kesusahan itu jugalah mereka belajar bersungguh-sungguh, akhirnya cemerlang dalam pelajaran dan dapat tawaran Mara dan yayasan kebajikan melanjutkan pelajaran.

''Kini saya tidak lagi menangisi pengorbanan selama 20 tahun menghambakan diri kepada suami kerana saya sedar mengapa Allah pisahkan kami. Allah mahu memberi yang terbaik kepada anak-anak dan saya. Saya bersyukur. Inilah rahmat Allah sebenarnya walaupun saya masih tidak ada rumah dan belum jadi rakyat Malaysia.


uTuSaN MaLaYsIa
30.12.2012

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)