Kek kegemaran Danish

Hari ini KC buat kek coklat lembap. Kek kegemaran Danish yang hanya menggunakan minyak masak. Jika dulu KC gunakan minyak mazola, resepi kali ini KC ubah kepada minyak jagung pula. Sedap juga rasanya.

Satu bancuhan resepi kek ni KC sebenarnya boleh dapat 4 biji kek mengikut saiz aluminium inilah. Sedihnya hanya 3 yang dapat KC ambil gambar. Satu lagi Danish sudah bawa lari. Makannnnnn....

Seronok juga letak kek dalam bekas macam nie. Senang dan mudah. Habis makan buang sahaja. Tidak perlu basuh2. Bila hendak makan pun, Danish hanya perlu keluarkan bekas yang dia hendak makan sahaja. Kek2 yang lain tetap terpelihara kesegarannya. Baguskan idea nie....

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)