Raya Raya Raya...

Semua orang dah sibuk tayang kuih raya. Banyaknya kuih raya. Macam-macam warna, bentuk, rasa dan harga. Ct punya apa yer... jeng jeng jeng.

Macam blur jer gambar nie kan. Haaa itulah gambar agar-agar kering yang sedang dalam proses mengering. Tiga warna, tiga rasa. Lemon-kuning, rose-merah dan pandan-hijau.

Jap jap jap... bukan itu saja tau. Ada dua lagi warna yang Ct terlupa nak ambil gambar iaitu putih dan ungu. Putih-laici dan ungu-ribena. Comelkan. Selera anak-anak gitu. Semoga panas di siang hari mempercepatkan proses pengeringan. Amiinnn... 

Biskut raya nanti kita cerita yer. Baru 16 Ramadhan kan. Jom kumpul pahala banyak-banyak dulu. Baru seronok raya. Baru betul namanya kemenangan. :)

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Anchor - pure butter