Geraham bongsu

Maaf yer blog. Lama kita tidak bersua berbicara. Sibuk sgt dgn urusan dunia yg tidak terkira. Mana nak jd isterinya, nak jd ibunya, nak jd pelajarnya, nak jd pekerjanya, nak jd kulinya, nak siapkan tempahannya, nak buat delivery nya, nak buat sales nya, nak layan perangai 1001 pelanggannya...

Tup tup tup badan dah hantar signal. Sejak 2 minggu lalu, badan seram sejuk, panas dalam...telinga tu mcm berasap jer rasa, telinga berdengung, kelenjar di tekak membengkak, kepala sakit sehingga bacaan bwh tekanan darah naik sehingga 130. Sebelum tu mcm2 test dah buat. Tonsil -ve. Demam -ve. High blood pressure -ve. Rupanya jantung xrehat. Bila dah rehat, sakit masih ada. Last2 sendiri buat diagnosis.

Gigi... Ya! Aku sakit gigi. Rasanya lah. Sebab punca kesakitan adalah di rahang. Rahang ada gusi. Rahang dekat dgn telinga. Ia kot... Keputusannya, hanya ditangan doktor. Jom jumpa!

Doktor biasa sudah. Result -ve. Hari nie nekad gi klinik gigi wpun suami gelak. Katanya mana ada orang tumbuh gigi geraham bongsu pada usia 35 tahun. Ahhh lantak. Nekad. Yg penting cuba dulu.

Sampai di klinik, dalam kesakitan dan keseorangan, byk perkara lucu terjadi. Yg paling kerap, lupa nak scan nombor. Bayangkan orang yang kemudian pun dah balik. Hahaha... Yg jaga kaunter tu siap panggil nama dan pesan 'bila puan dah scan tolong pastikan nama hilang dari scrin'. Masalahnya xscan pun. Mana nak hilang nama tu hihi... Sakit telinga nie membuatkan ct mcm blur. Mcm lupa apa anak buat. Mcm xdengar apa yg di cakapkan. Kesian ct lama menunggu (salah sendiri)...kesian lagi adik2 kaunter klinik gigi KKPJ P9. Maaf yer...

Ct dpt bilik 17. Akak sebelah dpt bilik 18. Nak cabut gigi tp bengkak. So, xblh cabutlah. Dpt MC. Bilik 17 hampeh. Awak dah sakit mcm org dungu. Doktor blh bg pain killer dan antibiotik jer huhu. Nasib baiklah ada driver. Klu tak mahu ke tasik ku bw kereta tiada perasaan. Mujur apa doktor tu bebelkan mcm dgr xdgr jer. Rasa sakit tu lagi menyerlah utk dirasai. 

Ubat2 semua utk seminggu jer. Lepas tu kena jumpa balik untuk pengesahan surut bengkak sebelum dirujuk ke HPJ untuk operate. Tiba2 jadi takut. Tambah2 bila baca perkongsian pengalaman di web2 sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Dalam diri ini hanya mampu berserah...

Tp kerja tetap kerja. Mmg kena kerja. Bila sibuk xsesiksa sakitnya bila free. Tambah2 pula baru lepas habis exam nie. Mmg terasa sgt2 sakit nie. Bila nak start buat kuih raya nie. Mak pak dah tanya. Aduhhh.... Gigi adik manis. Cepatlah baik. Xyah kita operate huhu..

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)