Hilangkah kamarulcities????

Lamanya kamarulcities tak update blog...
Senyap jer kamarulcities nie...
Jual lagi tak...
Berniaga lagi tak...

Semua tertanya-tanya...
Semua berkata-kata...

Maafkan kami...
Maafkan kami...
Maafkan kami...
Ma..af..kan..kaa..mii

Sebenarnya kami tidak kemana-mana. Masih di Putrajaya, masih aktif berniaga, masih membuat mengeposan, masih membuat penghantaran, masih melayan soal jawab pelanggan... cumaaa tidak aktif berblogging, tidak aktif berfacebook, tidak aktif berinstagram... tapi hanya berwhatsapp, hanya bersms, hanya bertelegram dan hanya berweechat.

Macam-macam cerita hadir pada enam bulan terakhir 2014. Ada duka, ada ceria, ada tragis. 

Pada 17 Julai 2014, ct mendapat pengesahan berita yang cukup mengembirakan. Penangan rasa nak pitam berhari-hari, sakit kepala berhari-hari, rasa berpusing berhari-hari... akhirnya semua terjawab.
Ct disahkan mengandung lagi. Berita gembira dan terkejut ini bercampur baur di antara kami suami isteri. Mana tidaknya, anak yang terakhir setakat ini baru berusia 5 tahun (2014). 

Bolehkah? Bersediakah? Mampukah? Macam-macam persoalan timbul ketika itu. Hanya syukur alhamdulillah yang kami panjatkan dengan rezeki yang tidak terduga ini.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya kilat ditengah hari. Sepertimana datangnya si kecil, begitu jugalah perginya dia. 

Pada 4 September 2014, kandungan yang baru berusia 16 minggu telah diisytiharkan doktor tiada denyutan jantung. Memang sedih, memang kecewa... tapi kami pasrah dengan ketentuanNya. 

Bukan sekali pemeriksaan dijalankan, bukan hanya hospital kerajaan yang kami tujui... semuanya memberikan jawapan yang sama.

5 September 2014, ct dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya. Memandangkan baby tidak mahu keluar sendiri, ct dimasukkan ubat supaya berlaku konjuksi paksa kepada baby. 

Kali pertama gagal, kali ke dua... alhamdulillah. 6 September 2014, baby telah keluar dengan sendirinya. Ct bersalin seperti biasa. 

Subhanallah. Baby dan uri telah berpisah. Comel benar baby berusia 16 minggu. Keadaannya yang cukup sifat, wajahnya yang tersenyum siap mengenyit mata, tangannya kakinya yang bersilang seperti malu-malu, benar-benar tidak dapat ct lupakan. Siapa sangka, dia hanya singgah sementara dalam rahim ct. Keredhaannya pergi membuatkan hati ct cukup tersentuh dan cukup tenang melepaskannya kepada pencipta.

 

Disinilah rumahnya. Disinilah baby bersemadi. Pokok ini adalah tanda kewujudannya. 

Tapi... hari ini tiada lagi pokok ini kelihatan. Gambar ini sahaja kenangan yang ada. Tak tahulah apa yang telah terjadi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.

Al Fatihah...

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

VITAGEN Asli

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013