Nilai RM210 anda!!!

Ada pelanggan tanya ct, "RM210 tu dapat apa?".

Mungkin terkejut kot. Harga kat katalog Menang RM237.30 tapi ct jual RM210 sahaja. Macam-macam soalan dia tanya. Memang berbakat besar jadi pengawai perisik Bukit Aman ni. Hehe. Antara soalannya; "Kurang ker barang dalam tu, tak seperti yang diiklankan Zaibo dalam tv." Hmmm....

Untuk makluman kakak2, abang2, adik2, pakcik2 dan makcik2 di luar sana. Ct xkurangkan satu item pun dalam set Menang. Apa yang mereka bagi, itu yang anda semua dapat. Malah percuma yang dinyatakan Menang tu pun ct bagi juga. Ct juga ada mengajar bagaimana hendak bayar murah. "Pakat dengan kawan ramai2, yang percuma tu anda ambil." Mudahkan.


Inilah barang yang nilainya RM210. Harga ni bukan ct suka2 letak. Sebenarnya diMenang nie ada rahsia tersirat yang tidak semua kita tahu. Senang cerita, anda semua boleh jer beli barang dekat kedai Menang tu tanpa Kad keahlian. Bak kata orang "Cash and Carry" di semua kedai Menang. 

Tak percaya? Ct pernah tengok sendiri ada seorang makcik ni datang bawa surat khabar (iklan pemanggang ajaib generasi 1) beli di kaunter Menang. Dia minta tolong ct untuk guna kad ahli. "Ambillah point katanya". Pada pendapatnya, Menang tidak menjual kepada orang luar. Tapi masalahnya, makcik ni cakap depan2 kaunter belian. Taukey yang jaga kaunter tu selamba jer jawab, "makcik boleh beli tanpa kad. Dapat diskaun 10%."

Cer fikir, apa yang ct fikir ketika itu. "Mudahnya berurusan dengan Menang". Betulkan. Bila pelanggan boleh beli terus di kaunter dengan potongan 10%, mengapa ct xboleh kasi. Majoriti pelanggan Menang adalah melayu. Tak salahkan ct nak tolong bangsa sendiri.

Tapi, masalahnya orang kita ni suka ambil kesempatan. Dah murah nak murah lagi. Tak pun, tinggal jauh2 tapi belinya satu, nak free postage. "Hello! Posmen tu bukan keluarga ct pun". Duit minyak dia, duit tol dia siapa nak tanggung? Dia caj ct, ct tak boleh caj tuan puan ka? Cuma harganya sahaja ct tak tahu. Dah pos baru tahu, sebab pos laju ikut berat. Mana2 yang ct pernah hantar pos tu bolehlah ct jawab tepat. Kalau tak, ikutlah nilai yang telah ditetapkan pos laju seperti di jadual di atas tu. Kalau terlebih bayar postage, bakinya jangan risau ct pulangkan. Bukan ada caj pun buat pindahan maybank ke maybank. Tapi, janganlah kedekut bagi maklumat bila ct minta. Mohon halalkan sahaja jika berat sangat nak bagi.

Lagi satu, suami ct dah pesan, untuk area Seri Kembangan dia suruh ct caj RM10 lebih untuk hantar sendiri. Sebabnya, kawasan situ sesak teruk. Bayangkan, ct pernah hantar barang lepas balik kerja pukul 5 petang, sudah azan maghrib baru jumpa rumah. Bukan jauhpun, belakang pasar borong tu jer. 

Maaflah yer. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Nak murah meh datang Presint 18. Nak lagi murah kena beli banyak2lah.

Ct meniaga kerana minat dan dengan niat ingin membantu. Apa yang ct jual pun semuanya untuk kesenangan bangsa ct juga. Mak ct orang terawal jual barang Menang nie. Ct teruskan sebab ct nampak dan ct guna setiap barangan Menang yang mak beli. Malah mak siap pesan, "buat apa beli barang mahal2, jika kita boleh dapat barang yang murah dengan kualiti yang sama". Fikir2kanlah. 


Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)