Ayuh belajar kira!

Ramai betul yang bertanya Ct, berapa harga yang dicaj Pos Laju. Emmm, rasanya Ct ada lampirkan harga tepat Pos Laju diruangan KADAR di atas. Siap contoh berat barang yang dihantar lagi. Tapi, masih ada juga yang bertanya. Penin3...

Tujuan Ct meletakkan kadar penghantaran tersebut adalah untuk rujukan pelanggan. Bukan suka suki Ct nak caj tak tentu hala. Malah, Ct akan pulangkan lagi bakinya jika terlebih bayar. Lampiran di atas tu memang tepat (selagi Pos Laju tidak naik kadarlah). Ini semua adalah berdasarkan pengalaman Ct mengepos barang2 pelanggan. Tapi, masih ada juga yang tidak percaya. Sabor jerlah...

Beginilah, mari Ct ajar kira2 nak. Lepas nie kalau tidak faham juga, memang Ct tak tahu nak kata apa dah.

Contoh terbaik Ct boleh beri adalah Pati Delima Gulsan. Majoriti pelanggan suka beli 3 botol. Baik Semenanjung, Sarawak mahupun Sabah. Tengok dan faham betul2 tauuu...

Pati Delima Gulsan (250ml)

3 botol = 750ml = 2kg (termasuk peralatan membungkus)

Cuba tengok jadual...

Untuk berat 1.751 hingga 2.000 kg, harganya telah dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti;
     Kawasan Putrajaya sahaja            - RM11.00
     Luar Putrajaya (Semenanjung)     - RM13.91
     Diantara Sabah dan Sarawak        - RM19.88
     Semenanjung ke Sarawak             - RM20.54
     Semenanjung ke Sabah                 - RM25.18

Inilah sebenarnya yang tuan/puan perlu bayar untuk penghantaran sahaja. Nak tahu berapa berat barang? Mudah jer... ambillah penimbang. Ct timbang dengan penimbang buat kek tu jer huhu. Bukan apa, ada juga yang tak percaya tuuu...

Setakat hari ini, servey Ct lebih melihatkan Pos Laju antara termurah bagi perhidmatan penghantaran. Andai ada, mana2 syarikat yang kata dia lebih murah, mohon maklum dekat Ct sebab Ct belum jumpa lagi perkhidmatan murah yang terus sampai ke rumah/alamat yang tuan puan beri. Adapun, hanya hantar ke bandar-bandar. Itupun tuan/puan yang perlu pergi ambil sendiri dipejabat mereka. Macam mana. Berminat?

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)