Posts

Showing posts from February, 2014

Ayuh belajar kira!

Ramai betul yang bertanya Ct, berapa harga yang dicaj Pos Laju . Emmm, rasanya Ct ada lampirkan harga tepat Pos Laju diruangan KADAR di atas. Siap contoh berat barang yang dihantar lagi. Tapi, masih ada juga yang bertanya. Penin3... Tujuan Ct meletakkan kadar penghantaran tersebut adalah untuk rujukan pelanggan. Bukan suka suki Ct nak caj tak tentu hala. Malah, Ct akan pulangkan lagi bakinya jika terlebih bayar. Lampiran di atas tu memang tepat (selagi Pos Laju tidak naik kadarlah). Ini semua adalah berdasarkan pengalaman Ct mengepos barang2 pelanggan. Tapi, masih ada juga yang tidak percaya. Sabor jerlah... Beginilah, mari Ct ajar kira2 nak. Lepas nie kalau tidak faham juga, memang Ct tak tahu nak kata apa dah. Contoh terbaik Ct boleh beri adalah Pati Delima Gulsan. Majoriti pelanggan suka beli 3 botol. Baik Semenanjung, Sarawak mahupun Sabah. Tengok dan faham betul2 tauuu... Pati Delima Gulsan (250ml) 3 botol = 750ml = 2kg (termasuk peralatan membungkus) Cuba tengok ja

Nilai RM210 anda!!!

Image
Ada pelanggan tanya ct, "RM210 tu dapat apa?". Mungkin terkejut kot. Harga kat katalog Menang RM237.30 tapi ct jual RM210 sahaja. Macam-macam soalan dia tanya. Memang berbakat besar jadi pengawai perisik Bukit Aman ni. Hehe. Antara soalannya; "Kurang ker barang dalam tu, tak seperti yang diiklankan Zaibo dalam tv." Hmmm.... Untuk makluman kakak2, abang2, adik2, pakcik2 dan makcik2 di luar sana. Ct xkurangkan satu item pun dalam set Menang. Apa yang mereka bagi, itu yang anda semua dapat. Malah percuma yang dinyatakan Menang tu pun ct bagi juga. Ct juga ada mengajar bagaimana hendak bayar murah. "Pakat dengan kawan ramai2, yang percuma tu anda ambil." Mudahkan. Inilah barang yang nilainya RM210. Harga ni bukan ct suka2 letak. Sebenarnya diMenang nie ada rahsia tersirat yang tidak semua kita tahu. Senang cerita, anda semua boleh jer beli barang dekat kedai Menang tu tanpa Kad keahlian. Bak kata orang "Cash and Carry" di semua kedai

21 Makanan Sunnah (Semoga kebaikannya menyerap bersama kita)

1. AIR ZAM-ZAM   Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah. Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut: “ Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan .” Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya.        2. KURMA   Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19: " Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan " Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses.  Ia juga mengandungi

Mutiara kata dari buku; Membina Anak-anak Cemerlang (Dr Rozieta Shaary) - Part I

"Kasih sayang ialah tenaga yang paling berkuasa yg dpt menolong setiap anak membesar dgn kuat & berkeyakinan. Ia membantu manusia mengatasi semua cabaran dalam kehidupan. Suatu pemberian yg terindah yg dpt diberikan oleh setiap ibu bapa kpd anak2 adalah kasih sayang tanpa syarat. Ini akan menganugerahkan setiap anak itu kebolehan utk mengharungi apa jua cabaran yg dtg dlm laluan kehidupan mereka". Dato' Seri Dr. Abdul Shukor b Abdullah. Penasihat Pendidikan Yayasan Al-Bukhari. Bekas Pengarah Pendidikan Malaysia.   "Keluarga bahagia melahirkan rakyat yg ceria. Negara yg dipenuhi dgn rakyat yg ceria akan dirahmati dgn produktiviti yg tinggi" Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri Malaysia ke 5. Dipetik drp The Star bertarikh 19.6.2004, Sabtu.   "Utk membetulkan dunia, pertama kita mesti membetulkan rakyat. Untuk membetulkan rakyat, kita perlu bermula dgn membetulkan keluarga. Utk keluarga menjd betul, kita mesti m