Ketenangan daripada kegagalan.
Pelikkan bunyinya. Itulah kesukarannya membeli ikan gapi. KC suka tengok warnanya, gelagatnya, kelincahannya dan anak2nya. Cantik tak ikan gapi Ct.
Ikan gapi nie tidak lah sesenang mana menjaganya. Kerana minat Ct cuba buat experimen. Silih ganti ikan gapi nie. Hehehe... kat mana lagi ada ikan gapi cantik n warnanya pelik2 yer.
Air gapi mmg jernih sbb ikan gapi xsuka air keroh tapi dia suka tempat berlumut utk membiak. Lagi banyak lumut lagi banyak anak ikan keluar. Bukan keluar dari ibunya, tapi keluar dari tempat persembunyiannya hahaha.
Bekas ikan gapi Ct nie xlah sebesar mana. Tiada filter, tiada pum, tiada oksigen. Dari segi elektrik mmg jimat tapi dari segi perubahan air, banyak keburukkannya. Ikan gapi mudah diserang bintik putih atau white spot. Ia mcm gam sbb bila gapi dah kena, contohnya dekat sirip, siripnya jadi lumpuh xboleh bergerak. Satu dua hari mungkin ok, tapi kalau lama sgt tidak dipulihkan dia akan mati.
White spot nie xda ubat ker. Ct xjumpa lg. Anti fungus yg ada di jual kat kedai xbermakna langsung. Bila tanya adik Ct (dulu dia ada buat research ttg ikan air dalam), dia kata hanya air lalu yg boleh menghilangkan white spot. Emmmm mcm mana tu. Sudahnya, dia suruh Ct tukar air selalu. Cara ini juga disahkan oleh uncle yg jual ikan gapi kat Ct. Regular customer lah katakan.
Cuma satu lah keburukkan tukar air nie. Ikan gapi mcm terkejut. Xmau membiak, xmau makan, dok merajuk jer. Tapi, lama kelamaan bila dah biasa, dah xda masalah dah. Tapi mmg ambil masa. Alhamdulillah, hasilnya, boleh tengok dekat atas tu.
Sekarang nie Ct target nak cari pelbagai jenis gapi. Siapa tahu beritahu Ct yer. Boleh Ct kings ikan kemesraan mereka bersama. Seronok betul tengok mcm2 warna bergerak bebas bersama2. Doakan Ct berjaya yer. Hobi ini mmg menggembirakan kamarulcities junior. ^_^
Comments