Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, semalam selesai sudah peperiksaan ct. Semua tanda2 serangan jantung telah berakhir. Hahaha.... Jgn ketawa. Lama woooo tinggalkan dunia ni. Rasanya ambil periksa PTK pun tak macam nie. Menggigil, menggeletar, gugup, tercekik, loya, sesak nafas, senak perut..... semuanya ada. Harap2 ini adalah permulaan dan penamat kepada pengalaman ini. Semoga selepas ini semua peperiksaan ct dipermudahkan. Aminnnn.

Ok, cerita periksa dah selesai. Maknanya semua mood2 raya, mood2 berniaga dan mood2 siapkan tempahan kawan2 semakin pulih. Maka dengan ini, ct isytiharkan kedai KAMARULCITIES KINI DI BUKA. Cepat2 sms 0193606233 ct/ suami 0193488789 kamarul.

Untuk makluman kawan2, pukul 9.58 pagi tadi, ketika ct tengah sibuk menjawab soalan peperiksaan, wakil kilang Vitagen Petaling Jaya hantar sms. Harga Vitagen dinaikkan bermula 1 September 2013. Harga baru bagi Home Distributor mcm ct nie adalah seperti berikut;

   Vitagen biasa 1 pek RM4.20
   Vitagen kurang gula 1 pek RM4.40
   Vitagen kolegen 1 pek RM5.40

Ini harga ct tau yg telah ditetapkan kilang. Nak up tak boleh, nak down mmg boleh sesangat. Tapi, berapalah untungnya sangat. Mcm harga sekarang nie ct jual 3 pek RM11, ct untung hanya 50 sen sahaja untuk 3 pek. Jangan sedih atau pelik, ct sebenarnya minat. Selebihnya sebab anak2 yang memang suka Vitagen nie. Dapat harga kilang, siapa xnak kan. 

Tapi, bila ct fikir2 balik, kalau home distributor, kilang naikkan harga, macam mana kedai/ pasaraya. Mengikut apa yg telah dimaklumkan, harga kedai dan harga pengedar rumah ke rumah lain. Yg rumah nie selalunya lebih murah. Kalau macam tu, berapa harga Vitagen di pasaraya pada 1 September 2013  nanti. Jom kita siasat.

Apa2 pun, cepat2 sms ct sekarang. Ambil stok hanya pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Bulan nie masih lagi harga lama. Akhir 30 Ogos tau sebab 31 tu cuti. Harga sekarang....

   Vitagen biasa 1pek RM3.80 (3 RM11)
   Vitagen kurang gula 1 pek RM4.20 (3 RM12)
   Vitagen kolegen 1 pek RM5.20 (3 RM15)

Cepat2 simpan stok. Jangan risau tentang tarikh luput. Stok yg ct ambil tadi pun luputnya 29 September 2013. Tp, xda dah. Sudah menjadi hak milik yg menempahnya. Lamakan.... Pastikan peti sejuk tu kosong jer untuk stok. Apa lagi...... JOM SMS!!!


Comments

Qisya Qasaira said…
salam..akak da jual lg x vitagen nh?email sya boleh...risya_star@yahoo.com
Masyi said…
Assalam. Maaf ct klu x keberatan sy nak tumpang iklan..sy distributor vitagen sekitar kg.baru KL dan berdekatan. Berminat utk order hubungi 012-9518535. Harga murah dijamin fresh dr kilang. Tq ct
KAMARULCITIES said…
@Milo Miko

Wsalam. Silakan Milo Miko. Kita sama2 HDD Vitagen. Cuma saya di Putrajaya. Selamat berkenalan ^_^.

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga Vitagen (termasuk GST)