Ada gak biskut raya...

Sedihnya, ini bukan KC punya. Orang Sabah, kawan suami KC, yang punya. Mau bawa balik Sabah bah. Esok petang penerbangannya. Jumlah semuanya 200. Tahun lepas katanya xsempat nak rasa. Licin..... Tahun nie order lagi. Alhamdulillah.

Sebenarnya, tahun nie KC xtau mana nak selit nak ambil tempahan biskut raya. Memanglah tangan di atas lebih gembira dari tangan dibawah, tapi mmg xdaya. Pakcik Sabah nie pun pandai, dia g pujuk Kamarul. Nak tolak dah xtau nak bagi alasan apa lg bila Kamarul sendiri yg terima dan pandai2 buat janji. Redha jerlah. Rezeki Allah. Cuba jugalah ct menyiapkannya.


Bayangkan hujung bulan nie ada exam. Nak study lagi. Ini pula semester pertama ct.  Semester nie jugalah ct baru jadi dealer vitagen. Semester ni jugalah business masuk menderu2 mengembirakan anak2. Mereka paling seronok membantu. Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah. Cuma kc sedikit terkejut sehingga mengalah pada biskut raya. Paling xsangka ada juga yang hendak juga KC membuatnya. Tq Tq Tq. Terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan. KC hanya mencuba yang terbaik bagi memberi perkhidmatan yang terbaik.

Moga rezeki ini terus dimurahi dilimpahi Nya bagi membantu KC menambah pendapatan keluarga. Aminnnn....

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Anchor - pure butter