TQ VITAGEN!!!
Danish anak yang paling cerewet. Xsuka makan sayur, buah, ikan, ayam, daging dan sebagainya. Kebiasaannya, Danish hanya makan nasi dan kuah sahaja. Kuah sup ke, masak lemak ke, masak kicap ke... kegemarannya kuah kurma. Paling penting xpedas sebab pedas sikit pun dia xnak makan. Kalau dipaksa dia akan mengamuk menjerit2. Malah sampai ke satu tahap, dia boleh muntahkan balik semua makanan yang dimakannya.
Oleh itu, bagi mengelakkan Danish kekurangan zat makanan, ct selalunya mencuba pelbagai alternatif untuk Danish. Alternatif2 ini ct lakukan supaya Danish tetap mendapat gizi seimbang walaupun memilih makanan. Antaranya memberikan Danish vitagen.
Sejak mengamalkan vitagen, Danish kurang sembelit. Dahulunya, Danish mengalami masalah kulit sensitif. Sensitif dengan gigitan serangga seperti semut dan nyamuk. Pasti tangannya ada bekas hitam (parut) seperti parut campak sebab Danish suka menggaru. Kadangkala sampai berdarah. Tapi, sejak minum vitagen Kolegen, ketara betul perubahan kulit Danish. Memang nampak jelas semakin cantik dan bersih. Terima kasih vitagen ^_^
Comments