Target!!!... Azam sihat.

Semua orang mesti hendak sihatkan. Pada 6 Jun 2013 lalu, en Kamarul membuat pemeriksaan kesihatan seperti biasa. Ialah, bila dah dapat buku pesakit kencing manis nie, jadual semua telah diatur doktor. Pada 10 Jun, sekali lagi beliau pergi ke klinik. Kali ini hanya untuk mengetahui keputusan hasil pemeriksaan lalu. Percaya tak kalau Ct kata paras gulanya 5.2.

Alhamdulillah. Doktor bangga sangat dan berkata dos ubat yang diberikan sesuai dengan suami Ct. Ct tanya ada ke beritahu doktor selain makan ubat dia ada minum Pati Delima Gulsan. En Kamarul kata tiada. Doktor tak tanya katanya. ~_^

Xkisah lah kan. Yang penting sihat. Target KC sekarang adalah untuk berhenti terus dari menjadi pengamal ubat kencing manis. Ct percaya Kamarul boleh melakukannya. Cuma mungkin untuk meyakinkan doktor ia memakan masa. Temujanji doktor berikutnya pun lambat lagi. Bulan Disember. Apapun, KC dah jumpa orang yang menyatakan selamat tinggal pada ubat dan insulin. Kalau diorang boleh pasti kita juga boleh. Betul tak? Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)