Khasiat Delima

1. DIABETIS
    Gula yang terkandung di dalam delima bercantum kepada antioksida yang unik mampu mengurang dan mencegah penyakit kencing manis.

2. KANSER
    Minyak bijian yang terdapat di dalam delima mampu untuk menghalang pembentukkan dan memusnahkan sel kanser payudara tanpa menjejaskan sel sedia ada.

3. SAKIT JANTUNG
    Antioksida di dalam delima dapat mengurangkan pembentukkan lemak pada dinding arteri yang merupakan penyumbang utama bagi serangan jantung. Antioksidan juga bertindak memulihkan sel yang telah rosak.

4. KOLESTROL
    Jus delima dapat mengurangkan pengoksidaan kolestrol dan atherosclerosis dimana membawa kepada sakit jantung penyebab utama kematian.

5. TEKANAN DARAH TINGGI
    Kandungan antioksidan delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor serangan strok.

6. OBESITI 
    Delima baik untuk sistem pencernaan dengan membantu melancarkan makanan kepada salur pencernaan justeru dapat mengurangkan pengumpulan lemak serta meningkatkan metabolisma.

7. SEKS
    Antioksidan delima dapat membantu dalam proses meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin dan menghalang pembentukan plak pada salur darah serta meningkatkan prestasi dalam hubungan kelamin.

8. IBU MENGANDUNG 
    Delima mengandungi potassium dan mineral yang tinggi serta bertindak balas menstabilkan degupan jantung dalam kandungan dan mengurangkan risiko alahan bagi ibu mengandung.

9. ASMA
    Kandungan tinggi asid askorbik dalam jus delima bertindak sebagai agen anti radang dan dapat mengurangkan derita pada penghidap asma dan lelah.

10. PROSTAT
      Kajian menyatakan bahawa pengambilan suku liter jus delima seharian memanjangkan tempoh gandaan kepada 54 bulan. Turut terdapat bukti bahawa jus tersebut dapat memusnahkan sel kanser prostat sepenuhnya.

Kita hanya mampu berusaha. Dengan izinNya semuanya berlaku.

Comments

Khasiat Delima said…
salam,
Memang tak dapat disangkal lagi tuan. Memang banyak kelebihan buah delima ni.

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)