Apa itu Delima?

Delima digelar "Super Fruit" kerana mengandungi antioksida yang tinggi. Ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur2 nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin c, kalsium dan fosforus.

Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati serta melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit.

Pati delima mengandungi 100% perahan buah delima tulen. Khasiat perubatannya sudah dijumpai sejak beribu tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Delima adalah sejenis buah yang sukar diperolehi di Malaysia dan Asia Tenggara. Kualiti delima tempatan tidak dapat ditandingi dengan kualiti buah delima dari kawasan Timur Tengah. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi masyarakat di Timur Tengah.

Di Jepun, terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima. Laporan itu menyatakan delima membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi.

Sesungguhnya, delima adalah anugerah Allah swt yang tidak ternilai untuk kita nikmati.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)