Bersyukurlah....

Bersyukurlah kepada Allah swt apabila kematian itu mempunyai sebab. Contohnya, arwah meninggal kerana bla bla bla. Cuba fikirkan apa yg dirasai oleh mereka yang merasa kematian tanpa sebab.

Alhamdulillah, kita selalu diingatkan bahawa kematian tanpa sebab itu adalah bukti Allah sayangkan arwah. Allah ingin menjaga arwah. Tapi pernahkah kita terfikir trauma si waris. Ditambah pula arwah meninggal ketika usianya terlalu kecil dan masih menyusu.

Bayangkan, apabila sesuatu itu berlaku terlalu pantas, kita pasti berkata Allah sayangkan dia. Tapi, pada si waris, setiap hari dia akan mencari jawapan kenapa? Mengapa? Apa yang salah? Apa yang silap? Pastinya jawapan ini tiada kerana Allah sahajalah yang tahu sebab ianya berlaku. Dalam sijil mati pun hanya SIDS (sindrom kematian bayi mengejut) yang tercatit. Walau telah dibedah siasat selama setahun, pelbagai sampel telah diambil, doktor kerajaan mahupun swasta, doktor biasa mahupun pakar, tiada jawapannya. Pastinya trauma itu lebih hebat bukan. Malah sehingga ke hari ini, apabila ada berita tentang kematian bayi, saya pasti terbau arwah anak saya. Seolah2 dia berada di depan saya dan sedang berusaha menenangkan saya.

Bersyukurlah. Sesuatu itu pasti ada hikmah disebaliknya. Jika kita rasa dugaan yang kita terima itu hebat sebenarnya ada orang lain yang menerima dugaan lebih hebat dari kita. Yang pergi tetap pergi. Yang hidup perlu meneruskan kehidupan meskipun kaki itu berat untuk melangkah. Buang yang keroh ambil yang jernih. Tarik nafas dalam2 dan berfikirlah dengan waras. Andai tidak, kita pasti secara tidak sengaja mencipta satu dunia baru dimana kita akan nampak arwah sentiasa. Itu semuanya mainan syaitan.

Bangun dan bangkitlah. Yang melihat tidak sama pengalamannya dengan yang merasa. Hanya kita sahaja yang boleh mengubah diri kita. Hanya kita yang boleh mengubah corak kehidupan diri kita. Jadikan hidup kita penuh warna supaya kita tiada masa memikirkan kesedihan. Mohon dan berdoalah kepada Allah diberi kekuatan dan ketabahan. Hanya Dia yang boleh membantu.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)