Posts

Showing posts from January, 2013

Kringggg..... Kringggg....

Image
Bahang kemarau makin terasa. Teriknya memang mencengkam. Sinarnya benar2 membuat kepala menjadi sakit. Waduhhhh... Mari makan ais krim. Kegemaran anak2... Oren dan Ribena. Cara mudah menyejukkan badan. Comei tak. Sekaki payung ais krim menyejukkan badan ketika kepanasan.

Kek kegemaran Danish

Image
Hari ini KC buat kek coklat lembap. Kek kegemaran Danish yang hanya menggunakan minyak masak. Jika dulu KC gunakan minyak mazola, resepi kali ini KC ubah kepada minyak jagung pula. Sedap juga rasanya. Satu bancuhan resepi kek ni KC sebenarnya boleh dapat 4 biji kek mengikut saiz aluminium inilah. Sedihnya hanya 3 yang dapat KC ambil gambar. Satu lagi Danish sudah bawa lari. Makannnnnn.... Seronok juga letak kek dalam bekas macam nie. Senang dan mudah. Habis makan buang sahaja. Tidak perlu basuh2. Bila hendak makan pun, Danish hanya perlu keluarkan bekas yang dia hendak makan sahaja. Kek2 yang lain tetap terpelihara kesegarannya. Baguskan idea nie....

Roti di hujung minggu....

Image
Lamanya tidak bersiaran.... Rindu serindu rindunya... Apa boleh buat. Tanggungjawab adalah keutamaan. Sejak buka Sekolah, aktiviti KC padat sungguh. Hujung minggu adalah waktu menyiapkan stok bekal anak2. Mula2 dulu KC beli. Tapi kalau sudah setiap hari asyik membeli, taukeh balak pun bankrap. Inilah inovasi KC tahun 2013 nie. Siapkan roti banyak2. Anak2 suka roti campur sosej. Tidak kisahlah rupa/ bentuk macam mana pun, yang penting roti dan sosej sahaja. Tahan lama kalau kena cara menyimpannya. Alhamdulillah. Disamping otot lengan bertambah mantap menguli, anak2 kini tidak lapar lagi... Kudapan sentiasa ada sementara menunggu KC masak. ^_^

Renungan..... "Allah memberi yang terbaik"

Sedikit sedutan pengalaman seorang warga Filipina yang telah 20 tahun mendirikan rumahtangga dengan rakyat tempatan tetapi diceraikan sehelai sepinggang tanpa sempat bertukar status kewarganegaraan/ mendapat nafkah pembelaan. Ketabahannya... Kesyukurannya... boleh kita teladani. Lupakan dan jangan fikir apa yang telah suami lakukan ke atas saya, biarlah Allah sahaja membalasnya kerana saya orang teraniya, mohonlah pada Allah, bulatkan tekad bangkit daripada kesusahan untuk berdikari demi anak-anak, diri sendiri dan lebih penting jangan tinggalkan agama Islam . ''Agama Islam tidak kejam, tidak jahat, sebaliknya orangnya yang kejam. Nasihat beliau lagi percayalah selagi saya kuat berpegang dan percayakan Islam, Allah tidak akan menganiaya saya, malah Allah akan memberi lebih banyak rahmat suatu hari nanti. ''Di sebalik sesuatu musibah yang berlaku akan ada rahmat-Nya yang akan dicurahkan kepada hamba-Nya selagi hamba-Nya tidak melupakan-Nya .' ' It