Gold Coast Resort, Morib

Namanya gah betul. Klu sebut kat org mcm kita g Australia. Tp, sebenarnya g Morib jer hahaha. xkisahlah. Yg penting dpt g Gold Coast. Dpt ganti perjalanan ke Legoland yg xjd kerana Maruan di tahan wad.

Seawal 12 tengahari KC dah bergerak ke Gold Coast. Kata en K, "awal lagi.... sempat...". Ct ok jer. Dah abahnya confident wpun dah diingatkan banyak kali. Yang pastinya anak2 yg dah xsabar2. Bermula dari masuk kereta, sepanjang perjalanan hinggalah ke Gold Coast sumenyer menyanyi girang ketawa.
Tapi, akhirnya ......kecewa. KC sampai ke Gold Coast Resort, Sepang daaaa. Maruan siap tanya. "Mama, kita kat mana?" "Mana slaid?"" xmcm gambar pun"

KC gelak jer. "kata abah pandai...". en Kamarul xpuas hati. G buka beg cari surat tempahan hotel. Sekali terpampang Gold Cost Resort MORIB. Senyum meleret abahnya digelakkan anak2. "Dah2 tidur. Sampai abah kejut. Jauh lg nie"... en K nak cover line sbb - dah silap daaaa

Alhamdulillah.... dah sampai. Tuuu dia tempat check in.

Tak pasti kegunaan kereta nie. Tapi, ada depan pintu masuk. Bersidai jer kat situ.
Comei kan kan kan....

Yeaaa... dah boleh masuk bilik.

KC perlu melalui pintu masuk water park baru boleh ke bilik.
Sudahhhh.... bertambah xsabarlah anak2 KC.


Bila dah sampai bilik lain pula ceritanya. Jakun... berposing sakan disegenap ruang yang ada.
Jom layannnn...








Inilah pemandangan dari atas balkoni. Bilik KC tingkat 8. Mmg tinggi... mcm2 blh nampak. Atas KC ada bilik lagi. Pent house dan bilik berkembar. Sapa mampu boleh masuk ramai2.





Seronokkan. Usahkan budak2, mak dan bapak budak pun xsabar. Hehehe... xper, hari ni hari berjalan.
Cuci mata tengok kawasan. Esok kita debooommmmm


Pemandangan dari depan pintu lif.


Pemandangan di sekitar pantai.




Sampai matahari terbenam berjalan lalala...



Pengalaman KC disini macam2. Nasihat KC, pada keluarga yang ada anak ramai tingginya lebih 90cm, kene standby duit lebih sikitlah atau mesti ada plan B. Ini kerana anak2 ini bakal dikenakan bayaran terutama ketika sarapan pagi dan makan malam (di restoran yang disediakan). Harganya pun boleh tahan, sarapan RM18 seorang dan makan malam RM25 seorang. Macamlah budak makan banyak sangat.


Klu taman tema, ia perkara lazim. Harga dikenakan mengikut ketinggian. Harganya RM20 seorang untuk kanak2. Berbaloi dengan harga jika nak dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan. Syukur, Alhamdulillah. Ibu bapa free jer sbb sumernya termasuk dalam pakej.

Walau bagaimanapun, anak2 mmg seronok berada di sini. KC paling teruja sebab boleh turut serta dengan aktiviti lasak anak2. Safwan yang paling penakut nak naik gelongsor air yang tinggi tu pun dah berani. Mula2 jer nak Ct temankan. Azmina lak xpadan kecik. Sampai kene tegur dengan pengawal air kerana nak naik juga gelongsor air yang paling tinggi. Curi2 lagi ikut abang Maruan. hahaha.

InsyaAllah, ada rezeki KC akan datang bercuti ke sini lagi. Cuma kene datang bercuti ikut plan B lah. Plan A amat2 membahayakan kewangan keluarga. Pada yang berkemampuan mungkin tiada masalah. Tempat nie mmg seronok.

Selamat bercuti sekolah....

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

VITAGEN Asli

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013