Rasanya ini yg lebih tepat!

anemia atau tekanan darah rendah

anemia atau tekanan darah rendah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin.

anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. paras haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dl untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dl untuk lelaki.

sebab-sebab anemia

1) kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2) pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
ini mungkin disebabkan oleh:
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin b12, folat dan eritropoietin.
-  pembesaran yang mendadak bagi remaja menyebabkan penambahan keperluan zat besi di mana ianya  melebihi paras penyerapan zat besi.
- kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
- faktor toksik: penyakit inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubat-ubatan.
- kekurangan hormon: paras hormon tiroid rendah.
- serangan tulang sum-sum: kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
- gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti talasemia.

3) pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
jenis anemia yang biasa berlaku ialah:
- anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- talasemia.

 
tanda-tanda dan gejala anemia atau tekanan darah rendah

ramai orang yang menghidapi anemia dan tidak mengetahui sebab-sebabnya. gejala-gejalanya termasuklah:
- keletihan setiap masa.
- pening.
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- kulit pucat.
- kadar denyutan jantung yang cepat.
- kurang daya ingatan.
- kurang berat badan.

komplikasi jika anemia amat teruk, ia akan menyebabkan:
- kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.


kaedah rawatan anemia

antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaran darahnya dalam keadaam normal.

anemia – biasanya bagi orang dewasa bacaan normal perjalanan darah ataupun paras hemoglobinnya ialah 120/80 mmhg. manakala anemia atau low blood pressure bermaksud tekanan darah rendah (peredaran darah berjalan agak perlahan),contoh bacaan anemia ataupun paras hemoglobinnya ialah 100/70 mmhg.

darah adalah sistem pengangkutan yang sungguh cekap di dalam tubuh manusia. setiap hari dianggarkan lebih 150 ribu kilometer darah mengalir ke seluruh tubuh manusia dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.

antara fungsinya ialah membawa segala tenaga dan oksigen untuk disampaikan kepada setiap sel dan organ . oleh itu , jika darah seorang pesakit itu mengalir dengan perlahan, maka tenaga dan oksigen juga akan lambat untuk sampai ke destinasinya .

akhirnya , tubuh akan menjadi pucat, lemah dan tidak bermaya .
biasanya doktor akan menyarankan kepada pesakit supaya meminum air 8 hingga 10 gelas sehari . ini bertujuan supaya air yang kita minum dapat melancarkan darah dan dapat mengimbangi kadar asid dalam badan .

oleh itu pesakit yang akan diperiksa oleh doktor akan diperiksa paras homoglobin terlebih dahulu  .
anemia atau low blood preesure mempunyai pelbagai jenis . antaranya , kekurangan pengeluaran darah merah kerana disebabkan oleh kurangnya zat ferum , vitamin b12 dan folat (folic asic) dalam badan .

manakala , tanda orang yang menghidapi anemia pula ialah cepat berasa letih, pucat dan kurang bermaya sehingga menjejaskan fungsi jantung .

dimana kadang kala jantung berdenyut dengan perlahan dan kadang kala dengan cepat sehingga menghidapi penyakit anemia mudah berdebar-debar .

natijahnya jika anda memiliki tekanan darah rendah, anda dinasihati untuk memeriksa kesihatan anda berkala samada di klinik atau di hospital .

dalam rawatan alternatif atau rawatan sunnah anda dinasihati untuk mengambil madu sidir dan habbatussuada setiap hari 2 kali pengambilan untuk merawat penyakit anemia tersebut .



terapi.imammuda.com
31.01.2012

Comments

MamaFaMi said…
Terima kasih kerana sudi berkongsi info yang berguna ini...
KAMARULCITIES said…
Sama2 kasih.
Berhati2lah dgn penyakit ini krn doktor sering salah diagnosis memandangkan simptomnya sama dgn beberapa penyakit lain.

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)