hari2 hujan... HARI2 KENE "STANDBY"

Salam pagi Jumaat... penghulu segala hari... lagi indah nan permai... disinari cahaya matahari yang sungguh mempesonakan.... Moga ia kekal berpanjangan. Aminnn

Beberapa minggu kebelakangan ini, kwsn rumah KC dilimpahi hujan lebat yang amat sangat. Guruh, kilat dan angin sambung menyambung sehingga "blackout" beberapa kali. Paling hebat sekumpulan remaja yang baru pulang dari "study group" terperangkap didalam lif. Syukur Alhamdulillah, tiada kecederaan yg berlaku.

KC pula kepenatan. xcukup rehat. Sentiasa berada dalam "mood standby". Semuanya gara2 Maruan masuk hospital bulan lepas. Trauma masih melekat diminda memandangkan Maruan sudah bertahun tidak menjadi penghuni Hospital. Alahan yang sukar dikawal. Tanda2 awal hanya selsema tapi bahananya macam orang kene asma. Cara rawatan pun sama. Cian kat dia. Dadanya sendat utk bernafas. Setiap malam perlu dipantau kerana Maruan tidak bersuara klu rasa sakitnya hanya sikit2. Yang ada hanyalah tanda/ kesan dia tahan sakit. Pagi2 matanya kecil jer sebab semalaman dia tak tidur.

Bulan ni Azmina pula mengambil tempat. Setiap malam muntah tiba2. Habis stok cadar yang ada. Macam2 perkara bermain diminda kerana tanda2nya sama dengan penyakit usus terbelit sebelum ni sehingga berak berdarah. Hanya doa yang mampu KC panjatkan kerana KC tahu rawatannya amat2 menyakitkan.

Ya Allah! Permudahkanlah Maruan dan Azmina. Permudahkanlah anak2 KC yang lain. Kuatkanlah mereka. Berikanlah kekuatanMu kepadaku supaya aku dpt menjaga mereka. Aku sedar kesilapanku yang alpa tentang penyakit mereka dahulu. Maafkanku Ya Allah. Aku terlalu bahagia bila mereka ceria dihadapanku. Hilang semua kisah duka. Hilang semua bebananku. Sihatkanlah Kamarul Maruan, Kamarul Asna Danish, Kamarul Safwan Muhammad dan Siti Nur Azmina Safwah. Amin. Amin Ya Rabbal A'laminnn.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)