Posts

Showing posts from October, 2012

Satu Seringgit....

Image
Jualan Amal di Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 8(2), Putrajaya. Gila punya murah. Xkan jumpa dimana2. Hari2 sold out. Siapa cepat dia dapat. Jualan hanya ketika waktu rehat. "Satu hanya Seringgit" Membeli sambil beramal. Sebahagiannya akan disalurkan kepada dana Pendidikan Khas Sekolah.

Walimatulurus Suhaib & Suhana

Image
Ringkas dan menawan. Paling penting sedappp... Cip Coklat Badam di hias indah di dalam bekas kaca sebagai tanda daripada pihak pengantin.    Terima kasih Suzy....

Cuti sekolah AidilAdha

Image
Semua sekolah telah mula bercuti hari ini. Yeeaahooo.... Ibu ayah/ warga kota ada yang telah memulakan perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya AidilAdha seawal petang semalam lagi. KC sendiri dapat rasakan betapa lengangnya jalan raya, kurangnya kereta yang memakir di kuarters dan sunyinya persekitaran rumah. KC harap semuanya selamat pergi dan pulang. KC percaya semua langkah keselamatan telah diambil sahabat2 sebelum memulakan perjalanan. Tapi, malang itu tidak berbau. Andai masih memerlukan bantuan hubungilah pakar2 disepanjang laluan Lebuhraya anda. Nombor-nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) 1800-88-0000 Jambatan Pulau Pinang (PBSB) 1-300-1-300-03 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 04-50311153 Laluan Kedua Malaysia-Singapura(LINK) 07-2788000 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (MTD) 09-2330100 Lebuhraya Kulim-Butterworth(KLBK) 04-3986969 Lebuhraya Seremban-Port Dickson(SPDH) 06-6323

hari2 hujan... HARI2 KENE "STANDBY"

Salam pagi Jumaat... penghulu segala hari... lagi indah nan permai... disinari cahaya matahari yang sungguh mempesonakan.... Moga ia kekal berpanjangan. Aminnn Beberapa minggu kebelakangan ini, kwsn rumah KC dilimpahi hujan lebat yang amat sangat. Guruh, kilat dan angin sambung menyambung sehingga "blackout" beberapa kali. Paling hebat sekumpulan remaja yang baru pulang dari "study group" terperangkap didalam lif. Syukur Alhamdulillah, tiada kecederaan yg berlaku. KC pula kepenatan. xcukup rehat. Sentiasa berada dalam "mood standby". Semuanya gara2 Maruan masuk hospital bulan lepas. Trauma masih melekat diminda memandangkan Maruan sudah bertahun tidak menjadi penghuni Hospital. Alahan yang sukar dikawal. Tanda2 awal hanya selsema tapi bahananya macam orang kene asma. Cara rawatan pun sama. Cian kat dia. Dadanya sendat utk bernafas. Setiap malam perlu dipantau kerana Maruan tidak bersuara klu rasa sakitnya hanya sikit2. Yang ada hanyalah tanda/ kes

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

Image
Sapa pernah tgk logo nih? Rasanya ramai yang kenal. Beberapa hari lalu akhbar KOSMO telah mewarwarkan tentang kewujudan PUIM nie. Berminat utk menjadi ahli? Silalah ke laman http://puim.my/ . 

Promosi Hebat Menang Glassware 13.10.2012 - 03.11.2012

Katalog 2012/2013 Less 50% hanya pada ms 217 & 219 shj Katalog Raya Episod 1 Less 50% pada semua kecuali ms 13 Katalog Raya Episod 2 Less 50% pada semua kecuali ms 11, 16 & 17 Katalog Are Wanted Rose Less 50% pada ms 1, 13, 25 & 34 Less 70% pada ms 6, 7, 12 & 19 Katalog Are Wanted Rose 7 Less 50% pada ms 14, 16, 28, 29 & 36 Less 70% pasa ms 6, 8, 9 & 11 Pemanggang Ajaib Beli 10 Percuma 1 SELAGI STOK MASIH ADA SIAPA CEPAT DIA DAPAT  ^_^

Ambillah waktu...

"Ambillah waktu untuk berfikir , itu adalah sumber kekuatan . Ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa , itu adalah sumber ketenangan . Ambillah waktu untuk belajar , itu adalah sumber kebijaksanaan . Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai , itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan . Ambillah waktu untuk bersahabat , itu adalah jalan menuju kebahagiaan . Ambillah waktu untuk tertawa , itu adalah musik yang menggetarkan hati . Ambillah waktu untuk memberi , itu adalah membuat hidup terasa bererti . Ambillah waktu untuk bekerja , itu adalah nilai keberhasilan . Ambillah waktu untuk beramal , itu adalah kunci menuju syurga ." usim.edu.my

Rasanya ini yg lebih tepat!

anemia atau tekanan darah rendah anemia atau tekanan darah rendah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi . paras haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dl untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dl untuk lelaki. sebab-sebab anemia 1) kehilangan darah (sama ada akut atau kronik). kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah. kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan. 2) pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum . ini mungkin disebabkan oleh: - kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin b12, folat dan eritropoietin. -  pembesara

KC kah itu? Ya Allah, berilah petunjukMu...

ANEMIA atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah , lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan. Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran . Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi. Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi. Umumnya, apabila s

Tempahan AidilAdha kini dibuka

Image
KC  sekeluarga ingin mengucapkan Salam AidilAdha yang akan tiba tidak lama lagi. Kepada bakal-bakal Haji dan Hajjah, selamat pergi dan pulang dengan haji Mabrur. InsyaAllah. Bagi menyambut ketibaan AidilAdha yang bakal tiba ini, KC sekali lagi membuka tempahan kepada sesiapa sahaja yang berminat menikmati kelazatan produk keluaran KC dengan harga yang cukup istimewa seperti...   Homemade Bahulu pelbagai perisa... 1. Bahulu Tradisional/Asli           - RM13 (50biji) ; RM25 (100biji) 2. Bahulu Asli Cip Coklat           - RM15 (50biji) ; RM28 (100biji) 3. Bahulu Coklat                         - sda - 4. Bahulu Coklat Cip Coklat       - sda - 5. Bahulu Oren                            - sda - 6. Bahulu Oren Cip Coklat         - sda - 7. Bahulu Pandan                       - sda - 8. Bahulu Pandan Cip Coklat     - sda - Homemade Biskut Raya pelbagai rupa... 1. Tat Nenas Gulung 2. Tat Nenas Bunga 3. Almond London dengan sebiji kacang Almond didalam 4. Semperit Bun