Merdeka Day - 55th (31.12.2012)

Thn nie Jabatan KC bekerja telah dilantik sebagai tetamu jemputan bagi Perarakan Hari Kebangsaan yg ke 55 bertempat di Dataran Merdeka. Seawal pukul 4.45pg kami telah berkumpul di lobi pejabat. Selepas bersarapan bas bertolak ke Masjid Negara melalui MEX Highway. Ini kerana jalan menghala ke Dataran Merdeka akan ditutup bermula pukul 6pg.

Sampai pukul 5.40pg
Penuhnya Masjid Negara

Solat Subuh

Matahari mula terbit
Selepas solat subuh, KC & rakan2 berehat sebentar di perkarangan Masjid Negara. Nak bergerak gelap2 takut salah tempat pula perginya kerana kedudukan KC (baju putih) belum pasti. Topi & bendera pun kami belum dapat lagi. Huhuhu...

Kumpulan muslimah

Gerak ke Dataran Merdeka


 Ini yg seronoknya bergerak terang. Perarakan pertama kumpulan teksi2 meriah sekali dapat dilihat. Ada yg bawa keluarga sekali satu kereta.





 Ramainya ummat Nabi Muhammad SAW. Nak lalu pun xboleh. Terpaksalah KC ikut jalan belakang pentas. (hehe... masih mencari kumpulan putih)


Yea! Yea! Dah jumpa. Tapi topi masih tiada. Bendera dan beg dah dapat masa kat depan bangunan JKR td. Topi & tangan jer xda. Xseragam nie huhu. Jom cariiiii....



Kwn dah ada. KC nyer mana pahhh...
Ada juga yg bw keluarga. Penyokong kuat ibu kumpulan putih. Chaiyok!

Dah ada topi! Dah ada topi! Seronoknyerrr


Merdeka!


Kepenatan
Kumpulan Muslimin

Sebaik sahaja lagu Negaraku dimainkan, kami dah gerak ke Jalan Merbuk. Xtunggu2 pun Agong, PM, TPM dan yang lain2 balik hehe. Kapten Encik Shahrin mmg baguih wat perhitungan. Xbersesak pun kami. Pulang dgn tenang lalala...


Memandangkan Puan Shikin & Cik Liza tertinggal di belakang, kami sepakat berkumpul di perhentian bas depan pejabat PDRM cawangan pengangkutan.



 Sempat cuci mata tgk kumpulan berkuda ^_^


Tempat letak kereta (bertukar jd bangsal kuda sementara hahaha)


Akhirnya! Dalam kepayahan dan kelaparan kami sampai juga ke bas. Tima kasih kepada delegasi MAMPU yg sudi menumpangkan kami naik bas mereka hingga sampai ke bas kami & berkongsi nasi lemak di saat perut kami sedang berdendang.


Syukur Alhamdulillah. Sampai juga ke pejabat. Penatnya tidak terhitung. Kepala dah mula berat. Jom balikkkk....

Selesai sudah tanggungjawab pagi ini. Bagi sesi petang pula, selamat pergi & pulang bagi perhimpunan Merdeka di Stadium Bukit Jalil.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

VITAGEN Asli

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013