mcm xpercaya... kisah Biskut Raya

Kebiasaan kita menempah biskut raya ketika akhir bulan Sya'ban sehingga pertengahan Ramadhan dan akan mula mendapat biskut raya masing2 seminggu sebelum Syawal. Tahun nie hubby KC kata nak buat promosi awal Sya'ban supaya ramai leh makan semua sample. Mmg niat nak bg org makan ketika tu, xpikir langsung pasal nak ambil tempahan. Tiba2... dalam yg cuba2 tue adalah seorang nie tetiba buat tempahan. Yg suspennya dia nak sebelum puasa. Terpinga2 ada, xpercaya pun ada. Ingat main2... rupanya betui. Biskut yg dia nak tue...

Tat Nenas Bunga dan Tat Nenas Gulung

Dalam kesempatan tu sempat juga KC merisik kepelikan ini. Tiba2 dia bertanya "Awak kalau hari raya makan kuih raya ker?" Terdiam KC xterkata. Kemudian dia sambung "saya hari raya xcari biskut raya, sy cari nasi". Lglah KC terdiam sbb kata2nya benar belaka.

KC sendiri sekeluarga xcari biskut raya pada hari raya. Selalunya biskut raya KC akan habis sebelum sembahyang raya. Biskut2 raya yg ada hanyalah untuk mak, ayah dan wan di kampung. Disebabkan semua sanak saudara berkumpul disana, maknanya xdalah yg mai rumah KC. Klu ada yg xjumpa dikampung barulah mereka datang ke rumah. Sehari sebelum mereka nak datang tulah baru KC buat sedikit biskut raya. Maknanya yg mai tu makan biskut hangat la hehe... Jimatkan rancangan KC... xmembazir pun. 
Semuanya ngam2 jer.

Selalunya biskut raya berfungsi sebagai pemanis mulut sebelum juadah sebenar raya sampai seperti nasi impit/ ketupat, rendang, lemang, lontong, kuah kacang dan sebagainya. Kadangkala dek kerana balang tu kecil, pemanis mulut pun boleh licin klu sedap rasanya hehe... Ini xdinafikan KC kerana biskut raya di rumah kampung xpernah kurang dari 20 bekas. Belum lagi dicampur kek pelbagai jenis dari pelbagai tangan haha...  

Lg pun KC berpangkat anak bermakna KC lah yg akan bertandang ke rumah2 mereka yg lebih tua. Bila difikir2 bila biskut raya nie berfungsi dirumah KC yer??? Jeng3... waktu seminggu selepas cuti raya dan rumah terbuka. Ya! Itulah waktu biskut raya dicari. Kekadang xcukup dan kena buat lagi. Pelikkan...

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)