Guppy... ohhh... Guppy

Hari Rehat Sedunia hehe... jom cuci mata tgk kawanan guppy... santaiiii



Ikut kata kwn KC, ini guppy kampung. Ia kot. masa KC beli, penjualnya bela dalam kolam tepi rumah jer. Guna pun air hujan.

Sebenarnya bukan mudah nak tangkap guppy nie. Rasa2nya kolam tu dalamnya 3 meter. Memang payah nak kait. Dahlah gelap kolamnya. Bayangkan tangan KC dan anak si penjual (kebetulan tokey keluar) xberjaya memiliki guppy yang gebu. Yg kami dapat hanyalah yg comei2 anaknya sahaja. hehe... Sudahnya terpaksalah KC import tangan hubby. Nah... inilah hasil tangkapan kami. Sedeynya... banyak jantan dari betina sbb si jantan yg hubby lebih nampak kerana menyerlah rupanya huhuhu.


Ikut kata anak penjual nie, guppy ikan yang lasak. Xperlu bagi makan banyak2 memadai dgn sekali sehari. Dia tak pakai air klorin (air paip) tapi hanyalah air hujan atau air paip yg tlh diembun semalaman. Yg bestnya, dia xlokek ilmu. Katanya klu nak guppy nie beranak cepat dan ramai letak sedikit garam dalam airnya. 

Macam2 dia ajar... tapi guppy yg KC beli nie hanya tahan seminggu jer. Ini kali ke2 KC bela guppy tanpa pump. (Kali pertama lagilah amat2 mendukacitakan) Bayangkan daripada 20 ekor, sekarang ada dalam 10 ekor jer. Rata2nya mati kerana kekenyangan. hahaha... anak KC suka sgt bagi ikan makan. Harap2 yg 10 ekor nie dapatlah kekal sampai raya huhuhu.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)