Chocolate Moist Cake (modified)

Inilah resepi rekaan KC klu tetiba xda susu coklat. Wakaka... yg penting anak suka ^_^


Bahan-bahan:
2 biji telur A
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan coklat masakan
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe + 1 sudu kecil vanila
2 sudu kecil sodium bicarbonate (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
1/2 cawan serbuk koko (ayak)
2 cawan tepung kek (ayak)


Cara-cara:
1. Masak susu sampai mendidih dan masukkan coklat masakan. Kacau sehingga sebati & ketepikan.
2. Pukul telur sampai kembang. Masukkan gula & pukul lagi.
3. Masukkan minyak masak & pukul perlahan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan no. 1. Pukul perlahan lagi. Diikuti dgn bahan yg diayak tadi. Akhiri dengan air.
5. Bakar/ kukus pada suhu 180 darjah sehingga masak (dalam 1 jam).
6. Sejukkan & boleh dihidang.


KAMARULCITIES

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013

Harga Vitagen (termasuk GST)