Kenangan Biskut Raya - Part II

Bak kata cikgu, bahan-bahan yang digunakan mestilah berkualiti. Baru rasa boleh terangkat. Tapi, bukan semua antara kita mengetahuinya termasuklah KC. Bila sudah pergi mengaji baru tahu. hehe

Zaman dengan mak dan buat sendiri dulu Buttercup, Daisy dan Planta jer. Tak kenal maka tak cinta. Bila mula guna bahan-bahan yang dinyatakan dan teknik yang digunakan, rasanya lebih mengancam. Resepi boleh macam2 tapi jika bahan asas biasa2 sahaja, maka rasanya pun biasa2 sahajalah.

KC ambil berat soal kualiti rasa dan KC akan mula mengorak langkah mencari ilmu seboleh mungkin meskipun masa amat2 cemburu pada KC. huhuhu

Perihal biskut raya ni KC pening sikit. Dulu buat makan2 sendiri main redah jer. Tidak pernah terlintas difikiran 50 biji biskut bersamaan berapa gram. Sekarang ni, macam2 soalan yang keluar. Semuanya hanya kerana ingin mencari keberkatan rezeki dan kepuasan pelanggan.

Bayangkan, KC buat secara homemade. Tangan yang buat pula macam2 sebab kekadang suami pun ada membantu. Untuk mendapatkan saiz ideal rasanya kena praktik banyak kali. Bila difikir2, KC telah membuat keputusan untuk mencantikkan bekas. Bekas yang KC beli memang sesuai untuk kandungan 50 biji. Tapi, bila KC tengok macam ada ruang jer lagi, KC tambah sampai penuh. Bila penuh bekas tu nampak cantik dihiasi biskut raya. :D Harga tetap sama cuma kuantiti di dalamnya berbeza. 50 biji memang ada cuma terlebih sudah. hehe

KC harap sangat pembeli tidak marah dengan keputusan ini. Sebarang komen membina memang KC harapkan bagi memajukan KC Chocolate & Bakeries.

Comments

Popular posts from this blog

Testimoni pengguna Pati Delima Gulsan

VITAGEN Asli

Harga baru Vitagen bermula 1 September 2013