Kenangan Biskut Raya
Alkisah, buat biskut raya memang telah lama sebati dalam diri KC. Sejak dari sekolah rendah menolong emak, sekolah menengah dah pandai buat sendiri. Menu biskut wajib Hari Raya adalah Tat Nenas (kegemaran adik lelaki KC) manakala Biskut Sarang Semut dan Cornflakes Madu (Kegemaran Adik Perempuan KC). Mak dan ayah tak kisah sangat. Asal ada ketupat, nasi impit, lemang, kuah kacang & rendang sudah memadai.
Bila dah bersuami & beranak-pinak ni, kegemaran dah lain, selera pun dah bertukar. Sesekali jer wat menu dulu2 tu. Itu pun berdasarkan permintaan sbb adik2 sume dah bekerjaya & blh beli jer. Mak pun dah tak larat & adik perempuan dah malas nak tolong. So, layan selera suami & anak-anak jer.
Dulu2 wat biskut barang2 pakai aper yang mampu dibeli (orang susah). Kualiti no.2, asal rasanya sedap boleh dah. Dapat lak mak yang kreatif. Sume main sukat cawan & tangan. Adjust2 resepi ikut tekak dia jer. Dah masak rasanya sedap lak. Air tangan ibu. Tima kaseh mak!!!
Dari awal hingga akhir sume wat sendiri. Jem Nenas pun sama. Luka2 gaklah jari2 ni dok tolong sagat. Mak pengarah urusan. Keluar arahan jer. Bahan2 pun Buttercup jer. Tepung pakai Cap Sauhlah, Tesco Valuelah, Baker's Choiselah, ikut bajet semasa. Moto mak senang "Kita wat dier" hehe.
Tiba2 lak KC tergerak hati nak g belajar. Bkn sembarang orang. Cikgu yang mengajar ni dah buat dan jual bertahun2 dulu sampai tak larat katanya. Masa g belajar ovennya saja ada 7. Bayangkan berapa order maksimum yang dia tak larat tuh. Huh! Teror2. Tapi, klu dgn Cikgu sume bersukat. Alasannya utk rasa yg sama - kualiti kena jaga. Dengar jerlah...huhuhu. Yg tak tahan tu guna Anchor. Pure Butter. Mak oi, harga kat pasaraya RM7.00. Rasa mmg powerlah.
Comments