Chocolate Moist Cake (modified)
Inilah resepi rekaan KC klu tetiba xda susu coklat. Wakaka... yg penting anak suka ^_^ Bahan-bahan: 2 biji telur A 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang 1 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan coklat masakan 1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe + 1 sudu kecil vanila 2 sudu kecil sodium bicarbonate (ayak) 1 sudu kecil baking powder (ayak) 1/2 cawan serbuk koko (ayak) 2 cawan tepung kek (ayak) Cara-cara: 1. Masak susu sampai mendidih dan masukkan coklat masakan. Kacau sehingga sebati & ketepikan. 2. Pukul telur sampai kembang. Masukkan gula & pukul lagi. 3. Masukkan minyak masak & pukul perlahan hingga sebati. 4. Kemudian masukkan no. 1. Pukul perlahan lagi. Diikuti dgn bahan yg diayak tadi. Akhiri dengan air. 5. Bakar/ kukus pada suhu 180 darjah sehingga masak (dalam 1 jam). 6. Sejukkan & boleh dihidang. KAMARULCITIES